15 September 2009

~ @k@l $3t!p!$ R@mbutny@ ~

Janganlah lelaki biasa, NABI pun akan terasa sunyi tanpa wanita
Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki kan resah
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya

Apa lagi yang tidak ada di SYURGA,
Namun NABI ADAM A.S tetap merindui SITI HAWA
Kepada wanitalah, lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri

Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok
Untuk diluruskan oleh lelaki
Tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,
Tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka
Tak logik kayu yang bengkok
Menghasilkan bayang-bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjukkan ALLAH,
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh ALLAH
Didiklah mereka dengan panduan darinya

Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta,
Nanti mereka semakin liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
Nanti mereka semakin menderita
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah
Kenalkan mereka dengan ALLAH, zat yang kekal
Kerana disitulah suisnya

Akalnya setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu
Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman
Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak
Suburkanlah iman, dari situlah nanti akan nampak
Nilaian dan keadilan TUHAN
Akan terhibur dan bahagialah hati mereka
Walau tidak jadi ratu cantik, presiden atau
Perdana Menteri Negara atau Woman Gladiator

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan
Bukan satu kelemahan
Itu bukan dikriminasi TUHAN
Sebaliknya disitulah kasih sayang TUHAN
Kerana rahim wanita yang lembut itulah
Yang mengandungkan lelaki waja, negarawan, karyawan, jutawan
Dan segala "WAN" yang lain

Tidak akan lahir superman tanpa superwoman,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya
Pasti tidak akan terhibur dan tidak menghiburkan

Tanpa ilmu, iman dan akhlak
Mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan
Bahkan mereka pula yang membengkokkan
Itulah hakikat dan akibatnya apabila wanita tidak kenal ALLAH
Mereka tidak kenal diri sendiri, apalagi mahu mengenal lelaki
Apabila wanita derhaka, dunia lelaki anda menjadi hura hara
Bila tulang rusuk ratah, rosaklah jantung, hati dan limpa
Yang dilindunginya

Para lelaki pula janganlah hanya mengharap ketaatan
Tetapi binalah kepimpinan
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAH,
Pimpinlah diri sendiri dahulu kepadanya
Jinakkan diri dengan ALLAH
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita

Sejahat manapun lelaki, pasti mengharap wanita yang solehah
Bakal menyinari kehidupannya
Namun janganlah mengharap isteri seperti SITI FATIMAH
Jikalau eribadi sendiri belum lagi seperti SAIDINA ALI K.W

No comments:

Post a Comment